
PASANGAN beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai terkandas dalam aksi suku aksi suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol pada Jumaat.
Soon Huat- Shevon tewas kepada pasangan Thailand Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 15-21, 13-21 dalam tempoh 44 minit.
Pun begitu aksi suku akhir akan diterus menerusi acara beregu lelaki Ong Yew Shin-Teo Ee Yi yang bakal turut menentang Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan.
Jaguh perseorangan negara Lee Zii Jia pula bakal bertemu pemain ketiga dunia dari Denmark Anders Antonsen dan diikuti aksi beregu utama, Goh V Shem-Tan Wee Keong menentang pasangan dari China, He Jiting- Tan Qiang.





Add Comment