Badminton

Keletihan punca Liew Daren kecundang


KELETIHAN menjadi punca utama kegagalan pemain perseorangan lelaki profesional negara Liew Daren selepas tewas 7-21 dan 17-21 kepada pemain dari India, Prannoy Haseena Sunil dalam Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol.

Daren yang berada di ranking 36 dunia itu mengakui pemain lawan cukup tangkas dan bertenaga di gelanggang sekali gus mudah mengutip mata untuk mendahului perlawanan.

“Hari ini (semalam) kurang baik daripada segi ketangkasan dan juga kekuatan pun kalah kepada lawan yang lebih bertenaga.

“Ada beberapa kesilapan dilakukan dan ia juga mempengaruhi keputusan namun akui memang lawan cukup baik,” katanya.

Mengikut rekod, pada edisi 2018 di Nanjing, China, Daren yang juga juara Terbuka Perancis 2012 mencipta sensasi apabila dia yang tidak diletakkan sebarang harapan berjaya memenangi pingat gangsa.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: