
PASANGAN beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol pada Jumaat.
Yew Sin-Ee Yin yang kini berada di ranking ke-12 dunia menewaskan beregu dari Taiwan Lee Yang-Wang Chi-Lin 12-21, 21-17, 21-15 dalam tempoh 1 jam 05 minit.
Kemenangan ini penuh bermakna buat pasangan negara ini dengan menewaskan juara Olimpik, Tokyo dan lebih manis mereka merupakan pasangan beregu lelaki pertama mara ke separuh akhir selepas 2010 menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.
Add Comment