
SABAH FC berjaya menumpaskan Perak FC di laman sendiri pada aksi Liga Super malam ini.
Keputusan 2-1 ini pastinya melegakan Sang Badak untuk mengukuhkan kedudukan lebih selamat daripada zon penyingkiran.
Pada aksi tersebut Perak FC membuka jaringan menerusi sepakan percuma Nazirul Naim pada minit ke-27 perlawanan.
Bagaimanapun keputusan itu tidak kekal lama apa apabila pada babak kedua, pemain veteran Amri Yahya menerusi sepakan voli melepasi panjaga gol lawan pada minit ke-65.
Pemain tengah import Sabah FC Levy Madinda mengukuhkan keputusan untuk meraih tiga mata penuh menerusi jaringannya pada minit ke-79.
Jaringan dua gol Sabah FC menyukarkan anak buah Chong Yee Fatt untuk mencari gol penyamaan sehingga wisel akhir perlawanan dibunyikan.
Perak FC kini terpaksa akur berada ditangga ke-10 liga dengan mengumpul 11 mata selepas sebelas perlawanan.





Add Comment