Bola Sepak

Bhayangkara setuju lepas Saddil Ramdani ke Sabah FC


Saddil bakal kembali ke Malaysia badan sertai Sabah FC.

BHAYANGKARA Solo FC dikhabarkan sepakat melepaskan Saddil Ramdani ke pasukan Sabah FC.

Kelab Liga Super Malaysia bersetuju mengeluarkan dana untuk mendapatkan pemain posisi sayap itu.

Sebelum ini, minat Sabah terhadap Saddil terhalang gara-gara kontrak pemain di Bhayangkara.

Pihak Bhayangkara menyebut bahawa bekas pemain kebangsaan Indonesia B-19 masih miliki kontrak sehingga Februari 2021.

Memetik laporan DetikSport.com, Sabah
boleh menunggu kontrak Saddil tamat sehingga mendapatkan pemain idamannya secara ejen bebas namun mereka menghormati keinginan Bhayangkara yang enggan melepas pemain dengan percuma.

“Bhayangkara sudah setuju untuk melepaskan Saddil dan kami cuma menunggu surat rasmi dari Bhayangkara,” kata Jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto.

Saddil bakal kembali ke Liga Malaysia selepas pernah memperkuat Pahang FA (kini Pahang FC) pada 2019.


Add Comment

Click here to post a comment