
KEBANGKITAN Manchester United sukar dibendung apabila terus meraih kemenangan di Liga Perdana Inggeris.
Terbaru, kelab kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu menang 2-1 ke atas Fulham di London, awal lagi tadi.
Paul Pogba menjadi hero The Red Devils apabila melepaskan sepakan lencong di babak kedua. Edinson Cavani sebelum itu mengikat kedudukan seimbang 1-1 yang terlebih dahulu dikejutkan jaringan awal tuan rumah, Ademola Lookman pada awal permainan.
Manchester United kini mengutip 40 mata selepas 19 perlawanan, mengatasi dua mata ke atas jiran tetangga, City.





Add Comment