Badminton

Darren senjata baharu The Pheonix


Subahan (dua,kanan) memperkenalkan secara rasmi Darren (dua,kiri) sebagai pemain baharu PJFC.

BEKAS penyerang JDT II dan Terengganu FC, Darren Lok sah memperkuatkan Petaling Jaya City FC (PJFC) bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.

Bekas pemain TFC itu menandatangani kontrak selama setahun hari ini sekali gus menjadi pemain baharu bersama bekas pemain Perak, Ahmad Khairil Anuar (Tengah) atau lebih dikenali Beto dan dua pemain muda Felda United iaitu, Syahmi Zamri (Penyerang) dan Faiz Mazlan (Pertahanan)

Presiden PJFC, Dato Sri Subahan Kamal berkata, kehadiran Darren bersama tiga lagi pemain diharap mampu memperkuatkan pasukan mengharungi saingan musim 2021 yang pastinya mencabar.

“Selaras dengan kehendak pasukan yang akan diperkuatkan dengan pemain tempatan sahaja, kemasukan Darren yang beraksi diposisi penyerang pastinya memberikan kesan postif dalam pasukan.

“Pemain itu hadir selaku pemain tempatan bermain di posisi penyerang menandatangani kontrak selama setahun bersama PJFC bagi musim Liga M 2021,” jelasnya pada sidang media memperkenalkan pemain baharu PJFC , hari sebentar tadi.

Pemain berdarah campuran Malaysia-England itu dilihat kurang beraksi bersama TFC musim ini dan ia bukanlah tugas mudah buat pemain ini yang pernah mewakili kelab Eastbourne Borough di England sebelum menyertai JDT II pada 2016, JDT 2017-2018 dan kembali semula ke JDT II pada 2019 membuat keputusan menyertai TFC bagi mengharungi Liga M 2020.

Selain itu, Darren juga pernah mewakili pasukan kebangsaan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2016 dan kali terakhir membuat penampilan bersama skuad negara pada 2018.

Sementara itu, pengendali pasukan P Maniam memaklumkan, persiapan pasukan kini hampir 90 peratus dan kini mereka menjadi pemain penyerang dan juga tengah untuk melengkapkan skuadnya.

“Kami telah mula menjalani latihan mengikut SOP yang ditetapkan, segalanya berjalan lancar, mungkin selepas ini kami akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan,” jelasnya.

Ditanya dua lagi pemain yang bakal dibawa masuk, bekas pengendali Selangor ini sekadar memaklumkan pemain berkenaan adalah dari Lembah Klang dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Tidak jauh tetapi pemain yang bermain dengan pasukan di Lembah Klang,” ujarnya ringkas.

 


Add Comment

Click here to post a comment