Bola Sepak

TFC sambar ubi muda jiran tetangga


PERTAHANAN muda Kelantan, Shahrul Nizam Ros Hasni sah memperkuatkan pasukan jiran tetangga, Terengganu FC musim depan.

Pemain yang lebih mesra dengan panggilan Nijey ini mengikat kontrak menyertai skuad Peteh Ganu Peteh untuk tempoh dua tahun dan kehadirannya pasti memberikan banyak pilihan buat pengendali pasukan, Nafuzi Zain.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan TerengganuFC.com, Nijey yang merupakan pemain B23 Malaysia ini bakal menyarung jersi bernombor 5 dan beraksi di posisi pertahanan pasukan ini.

Nijey berkata, faktor perpindahan adalah kerana gaya sokongan penyokong pasukan Terengganu ini sama sepertimana ketika beliau berada di Kelantan jadi beliau tidak kekok berhadapan dengan aura luar biasa penyokong.

“Perpindahan ini adalah pilihan terbaik untuk memperkembangkan karier bola sepaknya ke arah yang lebih positif.

“Saya perlu bekerja lebih kuat untuk merebut tempat di dalam kesebelasan utama pasukan kerana persaingan di sini berkemungkinan lebih sengit dengan barisan pemain sedia ada dan bakal hadir,” tegasnya.

Pada Ahad lepas, Mohd Faisal Abdul Halim atau terkenal dengan panggilan ‘Mickey’ merupakan pemain pertama diumumkan menyertai TFC selama dua tahun, bermula musim depan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment