Bola Sepak Futsal Terkini

Lapan pasukan rebut gelaran kejuaraan Futsal Wanita Kebangsaan 2026

Majlis Undian Kejohanan Futsal Wanita Kebangsaan 2026 akan diadakan pada Jumaat, 9 Januari 2026 bagi menentukan kedudukan pasukan dalam Kumpulan A dan B.

LAPAN pasukan mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Futsal Wanita Kebangsaan 2026 yang akan membuka tirai saingannya bermula 18 hingga 24 Januari ini.

Lapan pasukan iaitu Negeri Sembilan, ATM, Selangor FC, BTR Perdana FC, MSU FT, MBPJ FC, UiTM Lioness FC dan MBSJ FC bakal berentap bagi merebut gelaran juara.

Format pertandingan bagi edisi 2026 ini, lapan pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan (setiap kumpulan, empat pasukan) di mana saingan peringkan kumpulan ini akan berlangsung pada 18, 19 dan 20 Januari ini di Arena Futsal FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Kejohanan ini merupakan platform tertinggi buat pemain-pemain futsal wanita di negara ini dan menjadi bukti komitmen berterusan FAM dalam memperkukuhkan pembangunan serta daya saing futsal wanita di peringkat kebangsaan dan seterusnya antarabangsa.
Setiap pasukan akan bermain sebanyak tiga perlawanan kumpulan di mana dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati iaitu separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada Khamis, 22 Januari 2026 dan seterusnya final pada Sabtu, 24 Januari 2026.
Penganjuran Kejohanan Futsal Wanita Kebangsaan 2026 ini selaras dengan aspirasi FAM yang mahu meningkatkan kualiti pertandingan domestik, menyediakan pendedahan kompetitif berterusan kepada pemain futsal wanita serta memperluaskan ekosistem futsal wanita secara menyeluruh.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat baharu, malah berperanan sebagai asas penting dalam pembentukan pemain bagi mewakili negara di peringkat antarabangsa.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading