
Shahrizal Faizal mahu pemainnya memberikan tumpuan penuh menjelang aksi berdepan juara bertahan, Buriram United, peptang esok.
SKUAD AMD Dream tekad meraih keputusan positif menjelang pertembungan getir menentang juara bertahan B-14 tahun Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh, Buriram United.
Pengendali AMD Dream, Shahrizal Faizal Ahmad Shariffudin berkata, berdepan kelab dari Thailand itu yang merupakan juara bertahan adalah cabaran sebenar.
“Kita akan dapat lihat kemampuan pemain pada perlawanan petang esok, jadi saya memang mengharapkan keputusan positif yang mampu dijelmakan barisan pemain.
“Kemenangan pertama pada hari ini adalah motivasi penting buat pemain dan juga pasukan, masih banyak perlu diperbaiki dan saya mengharapkan permainan berkualiti serta sengit mampu dijelmakan petang esok,” ujarnya.
AMD Dream memulakan langkah kanan dalam saingan B-14 tahun Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh selepas tidak berdepan masalah menewaskan wakil dari kelab dari Jepun, Fagiano Okayama, 11-1.
Turut meraih keputusan positif pada perlawanan pertama yang berlangsung hari ini adalah satu lagi wakil negara iaitu AMD Future yang berjaya mengikat pasukan dari China, Evergrande Football School dengan keputusan 2-2.
Keputusan penuh perlawanan 14 November 2024.
> BAWAH 12
– NFDP A (5) Vs SINGAPORE FA (2)
– ASIOP ACADEMY (1) Vs PATTAYA UNITED (2)
– JDT ACADEMY (4) Vs ORDOS FA (0)
– NFDP B (11) Vs CHIANGMAI FC (0)
> BAWAH 13
– AVISPA FUKUOKA (0) Vs CHONBURI (0)
– AMD U13 FUTURE (1) Vs PVF ACADEMY (0)
– AMD U13 DREAM (1) Vs ASIOP ACADEMY (0)
– HONG KONG FA (0) Vs ZHEJIANG PFC (1)
> BAWAH 14
– RTC NFDP – SSBJ (0) Vs BURIRAM UTD (2)
– AMD U14 DREAM (11) Vs FAGIANO OKAYAMA (1)
– AMD U14 FUTURE (2) Vs EVEGRANDE (2)
– JDT ACADEMY (2) vs RF YOUNG CHAMP (3)






Add Comment