Antarabangsa Gaya Hidup Terkini

Eco Trail Putrajaya 2024 ‘gegar’ Putrajaya

Kejohanan ini adalah satu acara larian dengan jenama antarabangsa ‘Eco Trail’ yang telah popular di Eropah sejak tahun 2007.

PUTRAJAYA bakal menjadi tumpuan pelari-pelari antarabangsa dan tempatan apabila dijadikan kejohanan Eco Trail Putrajaya pada 27 Julai 2024.

Mendapat sambutan menggalakan dari peserta, larian yang memasuki edisi ketiga penganjuran tahun ini menawarkan empat kategori iaitu 80 kilometer (km), 50km, 30km, dan 10km yang memberi peluang kepada peserta dari pelbagai tahap kecergasan untuk mengambil bahagian.

Menariknya, Eco Trail Putrajaya menggabungkan elemen urban dan alam semula jadi dengan laluan yang melalui tempat-tempat ikonik seperti Taman Botanik, Masjid Putrajaya, Jabatan Putrajaya, Tasik, dan banyak lagi.

Selain itu, laluan-laluan yang disusun secara khusus ini juga memberikan peserta peluang untuk meneroka keunikan Putrajaya melalui sudut pandang yang jarang dilihat oleh orang ramai.

Sebagai ‘hidden gems’, laluan-laluan ini menawarkan pengalaman yang eksklusif dan membolehkan peserta menikmati keindahan kawasan-kawasan terpencil yang jarang dilalui oleh awam.

 

Ia merupakan peluang yang sangat berharga bagi sesiapa yang ingin mengeksplorasi sisi tersembunyi dan menarik di Putrajaya.

Acara ini bermula di Paris sebelum merentasi benua dan dibuka di beberapa negara Eropah seperti Jerman, Sweden, Norway, Portugal, dan lain-lain.

Pada tahun 2023, Eco Trail Putrajaya berjaya mengumpulkan seramai 2500 orang peserta dari pelbagai negara.

Sambutan dari pelari-pelari antarabangsa adalah salah satu kerjasama bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Turut sama kerjasama bersama Perbadanan Putrajaya untuk merialisasikan acara ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading