
PENERAJU Liga Inggeris 2023/24, Liverpool terus dihantui masalah kecederaan pemain dan terbaharu penyerangnya, Mohamad Salah yang kini bersama Mesir dalam Piala Negara-Negara Afrika
Kapten Mesir itu dikeluarkan pada akhir babak pertama pada aksu kedua menentang Ghana dipercayai mengalami kecederaan otot dengan perlawanan yang berkesudahan seri 2-2.
The Reds ketika ini terpaksa mengetepikan beberapa pemain utama antaranya Trent Alexander-Arnold, Curtis Jones, Thiago Alcantara, dan Ibrahima Konate.
Pengendali Mesir, Rui Vitoria berkata masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada Salah akan bermain semula di kejohanan kali ini.
“Kami belum tahu masalahnya. Saya harap ia bukan masalah serius. Masih terlalu awal untuk mengatakan sesuatu.
Liverpool kendalian Jurgen Klopp, yang mendahului Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan dua mata ke atas Manchester City, terpaksa beraksi tanpa peledak utamanya, Salah sehingga 17 Februari di Brentford, sekiranya Mesir mara hingga ke final.
Ahad ini, Liverpool akan meneruskan saingan liga menentang Bournemouth sebelum aksi separuh akhir kedua Piala Liga bertemu Fulham. – AGENSI-





Add Comment