Bola Sepak Harimau Malaya Terkini

Lebih Ramai Pengadil Tempatan ke peringkat tertinggi AFC dan FIFA.

Menjadi harapan kami untuk melihat lebih ramai pengadil Malaysia memegang tugas utama dalam perlawanan antarabangsa terutama di Kejohanan Piala Dunia 2026

Hamidin memaklumkan FAM akan sentiasa memberi bantuan dan sokongan kepada pengadil.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengharapkan lebih ramai pengadil bakal mengikut jejak langkah pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin bersama dua pembantunya, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid yang akan ke Piala Asia 2023, Qatar, Januari 2024.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata,FAM akan terus memberi sokongan dan bantuan kepada pengadil agar mereka akan terus mencapai tahap tertinggi di peringkat AFC dan FIFA.
“AFC telah memiilih Nazmi dan dua pembantunya untuk mengalas tugas pada Piala Asia di Qatar pada Januari 2024 yang mana ia satu pengiktirafan dan diharap akan terus menjadi pemangkin kemajuan pengadil bolasepak Malaysia.

“Menjadi harapan kami untuk melihat lebih ramai pengadil Malaysia memegang tugas utama dalam perlawanan antarabangsa terutama di Kejohanan Piala Dunia 2026 yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico,” kata  ketika meluangkan masa bersarapan dengan Muhammad Nazmi, Mohamad Zairul dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid di Wisma FAM, pagi tadi.
Hamidin juga turut menasihat Muhd Nazmi dan dua pembantunya berkaitan dengan aspek prestasi semasa perlawanan, keberadaan aspek kecergasan pada tahap optimum dan sikap profesionalisma yang patut ada pada seorang pengadil yang bertaraf dunia.
Sebelum ini, AFC juga telah memilih Nazmi dan pembantunya untuk perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023/24 di Thailand antara Pasukan Buriram United (THA) mln Zhejiang FC (CHN), dan pada 3hb October melibatkan perlawanan Navbahor (UZB) mln Mumbai City FC (IND) di India.
Nazmi juga telah dilantik untuk perlawanan seterusnya di China pada 24 October. Kesemua perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023/24 akan menggunakan Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading