Bola Sepak Harimau Malaya Terkini

Bekas individu penting Selangor FA sertai FAM ?

Pelbagai persoalan timbul ketika ini, adakah Rauf bakal kembali mewarnai bola sepak tempatan malah mungkin juga menjadi sebahagian watak penting dalam pembangunan bola sepak FAM.

Abd Rauf bersama Hamidin dan barisan pemain B-23 di Thailand. (Foto : FAM)

DATUK Abd Rauf Ahmad bukanlah nama asing dalam sukan bola sepak tempatan khususnya bersama Selangor dengan beberapa kejayaan cemerlang ketika memegang jawatan sebagai pengurus pasukan sejak musim 2017 dan juga bekas pemain skuad Piala Dunia Remaja 1997.

Namun selepas mengambil keputusan drastik melepaskan jawatan Pengurus skuad Liga Super Selangor pada 2020, watak, peranan dan berita khusunya mengenai bola sepak tempatan mengenai dirinya sunyi sepi.

Terbaharu, sekeping foto Abd Rauf bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika menyaksikan sesi latihan skuad Harimau Malaya B-23 kendalian E. Elavarasan di Stadium Banbueng, Chonburi Thailand mencuri tumpuan.

Pelbagai persoalan timbul ketika ini, adakah Abd Rauf bakal kembali mewarnai bola sepak tempatan malah mungkin juga menjadi sebahagian watak penting dalam pembangunan bola sepak FAM.

Ketika ini skuad B23 tahun negara sedang beraksi dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2024 dan akan berdepan perlawanan getir menentang tuan rumah Thailand, malam ini selepas berjaya menewaskan Bangladesh (2-0) dan Filipina (4-0).

Untuk rekod, Abd Rauf berjaya membawa Selangor ke pentas final Piala FA 2018, selain menjadi Pengerusi Jawatankuasa Media Selangor dan Naib Presiden FAS untuk penggal 2018 – 2021, beliau turut pernah menjadi tonggak pertahanan Selangor di peringkat B15, B17 & B19 (1992-97).

Jika benar bagai dikata dan usikan netizen yang menganggap kehadiran Abd Rauf di Thailand bersama Hamidin adalah pencetus kepada perkembangan yang lebih baik maka ia sudah pastinya dinantikan untuk kebaikan bersama.

Tahniah Datuk Abd Rauf …Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi ….Welcome Back Datuk Abd Rauf Ahmad.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: