SHAH ALAM, Selangor: Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM) mengumumkan bakal menghantar dua Peluncur Ombak Lelaki iaitu Mohd Nazrin dan Mohd Suhaimi, bagi mewakili negara di Kejohanan The 2023 ASF Asian Surfing. Pertandingan yang akan berlangsung pada 8 hingga 17 Julai 2023 di Kaafu Atoll, Thulusdhoo, Kepulauan Maldives ini akan menghimpunkan peluncur terbaik dari 19 negara di seluruh Asia.
“Kejohanan The 2023 ASF Asian Surfing adalah satu langkah penting buat atlet kami. Ianya dapat memberikan mereka peluang serta pendedahan dalam sukan ini, secara tidak langsung ianya juga mampu memberikan mereka keyakinan dalam bersaing di pentas yang lebih besar dan tinggi”
“Kami bekerja keras dalam mengembangkan sukan luncur air di Malaysia, dan ini adalah peluang untuk kami turut sama mempromosikan aktiviti meluncur di Malaysia bagi menarik penonton dan komuniti yang lebih luas dari luar negara.” kata, Puan Nur Hawani – Presiden Persatuan Luncur Ombak Malaysia.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja -DMM Sales,yang dimiliki sepenuhnya oleh Daihatsu Malaysia di atas sumbangan penting mereka, Majlis Sukan Negara atas sokongan berterusan kepada kami dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia AirAsia. Kerjasama yang tidak terhingga dari pihak penaja bukan sahaja memudahkan kami menyertai penyertaan ini, tetapi juga telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan luncur air di negara kita.
Encik Arman Mahadi, Pengarah Urusan Daihatsu Malaysia menyatakan “Kami berbesar hati menjadi penaja utama dan bekerjasama dengan PLOM, bersama-sama dengan sokongan yang tidak ternilai daripada penaja lain. Seperti kebanyakan orang, kami berbangga dengan bakat pelayar tempatan kami dan melalui inisiatif ini, kami berharap dapat melakukan perubahan dalam memupuk Sukan Luncur Air Negara, sambil memperkasakan atlit muda untuk mencari semangat dan dorongan dalam mengejar impian mereka di peringkat profesional.”
Wakil Peluncur Negara
1). Mohd. Nazrin Nasruddin (Atlit Negara – Bertanding dalam kategori Men’s Shortboard)
Nama Pena: Yen
Tarikh Lahir: 6/11/1994
Asal: Cherating, Pahang
Pencapaian Terbaik: No 1 Malaysia Nasional Ranking 2022- Kategori Men’s Shortboard & Mewakili Pasukan Luncur Ombak Malaysia di Filipina 2019 Southeast Asian Games
2). Mohd Suhaimi Bin Hassan(Atlit Negara – Bertanding dalam kategori Men’s Shortboard)
Nama Pena: Semmy
Tarikh Lahir: 22/4/1995
Asal: Cherating, Pahang
Pencapaian Terbaik: No 2 Malaysia Nasional Ranking 2022- Kategori Men’s Shortboard & Mewakili Pasukan Luncur Ombak Malaysia di Filipina 2019 Southeast Asian Games
Add Comment