
Media sosial baru-baru ini panas dengan satu kenyataan yang dimuatkan apabila seorang bekas pemain kebangsaan telah didakwa memukul kekasihnya yang merupakan seorang doktor selebriti.
Doktor selebriti tersebut yang dikenali Dr Hana Rose telah memuatkan kenyataan tersebut di Istagramnya malah satu laporan polis juga telah dibuat susulan kejadian berkenaan.
Dakwa Hana, pemain bola tersebut telah mengasarinya dengan memukul, menggigit dan mencampaknya ke lantai.
Tindakan lelaki berkenaan menyebabkan dirinya mengalami kesan lebam selain calar di badan.
“Dulu berjanji untuk setia selamanya sehingga tua. Tapi akhirnya terkadang wanita boleh jadi bodoh dengan yang dia sayang, berdiam dan bertahan,” tulisnya di Istagram yang kemudian mendapat reaksi terkejut daripada netizen.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 7 Jun lalu melibatkan pemain pertahanan yang dipercayai beraksi di posisi pertahanan.
Tambah Hana lagi, telefon bimbit juga telag dipijak serta dibaling sebelum dibuang di dalam tandas.
Add Comment