Gaya Hidup Golf

KGSS capai pelbagai kejayaan sejak 25 tahun lalu


KGSS telah menjadi rumah kedua kepada ramai pemain golf di negara ini.

SHAH ALAM – Kelab Golf Seri Selangor (KGSS) akan terus meningkatkan prestasi dan memberikan kualiti yang lebih baik berbanding sebelum ini selepas satu syarikat baru ditubuhkan.

Syarikat tersebut dikenali PKNS Golf Management Services Sdn Bhd akan ditubuhkan dan diletakkan dibawah PKNS dan diuruskan oleh kakitangan KGSS sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif KGSS, Mohd Zubir Idrus berkata, pihaknya bersedia memikul tanggungjawab dan visi pihak kerajaan Negeri bagi PKNS Golf Management Services Sdn Bhd. 

Menurutnya, KGSS telah bertungkus lumus dalam menyediakan diri mereka daripada segi perancangan dan perlaksanaan sejak tahun lepas lagi.

“Saya begitu yakin dengan keupayaan dan kesungguhan KGSS dan PKNS Golf Service Management Sdn Bhd, menjadi sebuah pusat bagi sukan Golf di Negeri Selangor dan akan membantu menaikkan ekonomi Negeri Selangor melalui sukan Golf, sejajar dengan kehendak Kerajaan Negeri dan PKNS,” katanya pada Majlis Sambutan KGSS ke-25 di Dewan Utama KGSS di Kota Damansara pada Ahad.

Dari kanan : YM Raja Muhammad Raja Harun, Business Development Senior Manager, Tuan Hj Mohd Zubir Idrus ,CEO , YAB Dato’ Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor), YB Dato Hj Haris bin Kasim (Setiausaha Kerajaan Ng Selangor) & Hairul Zaini , Pengurus Besar.

Mohd Zubir berkata lagi, kelab golf itu telah berjaya mencapai tahap kemajuan dan kecemerlangan yang sungguh membanggakan sejak 25 tahun lalu.

Ujarnya, kejayaan-kejayaan yang diraih oleh KGSS berlaku disebabkan usaha dan initiatif PKNS, pentadbiran dan semua pekerja di kelab golf berkenaan.

“Saya juga mendengar bahawa ada sesetengah ‘golfer’ memanggil Kelab Seri Selangor ini sebagai rumah kedua mereka. Terima kasih saya ucapkan.

“Kerana dengan usaha anda semua, Kelab Golf Seri Selangor mampu menjadi satu nama unggul bagi Kelab Golf Awam di Malaysia,” kata beliau lagi.

KGSS mampu menjadi salah satu kelab golf awam yang unggul di negara ini.

Jelas Mohd Zubir, sejak 1998, KGSS terus dan masih mempergiatkan lagi aktiviti golf dan telah menganjurkan pelbagai ‘tournament’ dari peringkat ‘mini tournament’ ke ‘international tournament’. 

Antaranya ialah Selangor Masters, Selangor Amateur Open dan Selangor International Junior Championship yang telah diadakan pada Januari tahun ini.

Kemudahan dan padang golf yang disediakan di KGSS berada pada kualiti cukup baik.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: