Hoki Lain-Lain

Golf amal Jubli Perak YSB kumpul RM490,500


Tetamu Diraja bergambar bersama 92 pemain yang menjayakan Golf Amal YSB.

Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) berjaya mengumpulkan dana RM490,500 hasil penganjuran kejohanan golf amal bagi meraikannya Jubli Peraknya yang ke-25 dengan objektif mengumpul dana untuk projek kesihatan mereka. 

Pengerusi YSB, Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkata, 92 pemain terbabit dalam kejohanan ini yang diadakan di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam.

Menurut Tunku Temenggong Kedah ini, ulang tahun ke-25 jatuh pada 20 Ogos 2021 tetapi sambutan dilanjutkan sehingga akhir tahun ini akibat pandemik.

“Projek kesihatan YSB adalah termasuk dua pusat dialisis di Alor Setar dan Kulim bersama tiga bas kesihatan mudah alih untuk menderma darah, unit pemeriksaan kesihatan dan penyakit berkaitan mata. Jumlah kos bagi projek-projek itu dijangka sekitar RM300,000 setahun.

“Salah satu pusat hemodialisis yang berada di Kulim termasuk saringan kesihatan bergerak adalah kerjasama antara National kidney foundation (NKF) dan YSB. 

“Pada tahun 2012, YSB menyumbangkan “Unit Derma Darah Bergerak” kepada Jabatan Transfusi Darah Sultanah Hospital Bahiyah, Alor Setar manakala klinik bergerak kesihatan mata atau dikenali sebagai “Mobile Cataract Klinik” merupakan kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan YSB,” katanya dalam satu kenyataan.

Kejohanan ini turut dihadiri oleh Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Raja Muda Kedah dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Besar Kedah, Tunku Temenggong Kedah dan Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan.

Tunku Puteri Intan Safinaz berkata, semasa tempoh Covid-19, YSB bersama Lions Club dan Bulan Sabit Merah Kedah menganjurkan Blood Donation Dive dalam usaha menderma darah dan melalui kempen ini, 1,777 pain darah berjaya dikumpul.

Jelasnya, YSB juga telah meningkatkan kesedaran beribu-ribu orang khususnya di Kedah tentang kepentingan kesihatan, selain membantu dan memberi mereka kemudahan dan peralatan yang hebat.”

“Dalam tempoh Covid-19, YSB telah menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan bernilai RM642,000. Lebih 8000 orang di Kedah telah mendapat manfaat daripada ini.

“Pada penghujung tahun 2021, YSB juga membelanjakan hampir RM100,000 untuk bantuan banjir di Selangor, Pahang, dan Terengganu selain Kedah,” ujar Tunku.

Tunku Puteri Intan Syafinaz (kanan) bersama Raja Muda Kedah dan pemenang Kejohanan Golf Amal YSB, Imran Md Nor (kiri).

Kejohanan ini turut dihadiri oleh Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Raja Muda Kedah dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Besar Kedah, Tunku Temenggong Kedah dan Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan.

Beberapa penaja utama yang turut bersama ialah Well Asia Development Sdn. Bh, Yayasan Muhibbah Tan Sri Fng Ah Seng,Yayasan Albukhary, Advanced Protocol Security Sdn. Bhd, Les’ Copaque Sdn. Bhd, Affin Hwang Investment Bank Berhad, Bioshock Ventures Sdn. Bhd, Bank Muamalat Malaysia Berhad dan banyak lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading