
Skuad Rimau Muda negara mahu mencatatkan kemenangan pada aksi terakhir Kumpulan C Kejuaraan AFF Bawah 16 (B-16) menentang Australia pada petang Isnin.
Ketua Jurulatih skuad B-16 negara, Osmera Omaro berkata, selepas gagal meraih mata penuh ke atas Myanmar pada aksi kedua sebelum ini apabila terikat 1-1.
Menurutnya, hanya kemenangan sahaja akan membawa anak-anak buahnya mara ke peringkat separuh akhir.
“Kita agak kecewa selepas terikat dengan Myanmar dan sekarang kita sedang berusaha untuk memburu kemenangan pada aksi akhir.
“Saya boleh janjikan kita akan memberikan segala-galanya pada perlawanan ini dengan mengharapkan agar kesilapan kecil tidak diulangi lagi.
“Kita akan berusaha untuk menjaringkan gol dan jika berjaya motivasi mereka akan jatuh,” katanya.
Add Comment