Bola Sepak

Mahu buru gol awal bertemu Myanmar


Skuad B16 negara semasa sesi latihan di Stadion Mandala Krida pada petang Khamis. FOTO FAM

Skuad Malaysia bawah 16 tahun (B16) mahu memburu gol awal pada aksi kedua Kumpulan C Kejuaraan B-16 AFF 202 bertemu Myanmar di Stadium Maguworharjo, Sleman pada Jumaat.

Ketua jurulatihnya, Osmera Omaro berkata, beliau menggesa pemainnya untuk memanfaatkan ruang sebaik mungkin untuk menjaringkan gol dan berharap kelemahan sewaktu aksi bertemu Kemboja sebelum ini tidak berulang.

“Peluang kalau boleh kita mahu jaringkan gol awal dan kita akan cuba cari.  Saya dapat rasa kita mampu dominasi perlawanan dan harap kali ini peluang dicipta lebih tajam. Bagi saya setiap pemain perlu memberikan tumpuan 100 peratus bermain untuk menang,” katanya.

Sementara itu, ketua pasukan Malaysia B16, Danish Darus juga senada dengan jurulatihnya dan mengharapkan rakan-rakannya dapat menjaringkan lebih banyak gol.

“Selepas ini bertemu Mnyanmar kami perlu lebih fokus kerana semasa lawan Kemboja kami mempunyai banyak peluang namun gagal diterjemahkan kepada gol.

“Saya harap akan dapat menjaringkan gol lagi sewaktu bertemu Myanmar. Kepada rakyat Malaysia, doakan kami agar berjaya bertemu pasukan ini,” ujarnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: