Bola Sepak

“Berjuang habis-habisan sebagai pasukan kerdil bermaruah lawan JDT”


FOTO PENANG FC

Penang FC akan turun dengan semangat juang tinggi untuk berdepan kelab serba lengkap di semua posisi, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada separuh akhir Piala FA 2022 di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu.


Biarpun dianggap sebagai bukan pasukan pilihan untuk mara ke pentas akhir, namun pemain Harimau Kumbang akan memberikan segala-galanya pada pentas kalah mati separuh akhir ini.


“Apa yang lebih penting daripada segala hal itu, peluang menyajikan aksi juang habis-habisan sebagai pasukan kerdil dengan bermaruah di peringkat separuh akhir ini yang lebih diingati sejarah manisnya dari segala-galanya.


“Setiap pemain yang akan turun akan tetap diingat dan dikenang sebagai pejuang dan perwira yang ditagih semangat juang perangnya,” kata kelab tersebut yang dipetik melalui Facebook rasminya.


Menurutnya, Harimau Selatan mempunyai reputasi yang tinggi kerana dibarisi pemain yang berkualiti namun pasukan Penang FC bersedia untuk berdepan mereka.

“Api keberanian untuk menghadapi saat-saat menggetarkan rasa ini telah pun bernyala. Hormon adrenalin sudah mula teransang bagaikan saat tentera Jalut turun berperang menetang Raja Talut, walaupun gentar tetapi diperkuatkan jiwa dengan semangat membara,” katanya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: