Bola Sepak

Hatrik Arif Aiman bantu JDT ke final Piala FA 2022


FOTO JST

Hatrik Arif Aiman berjaya membantu JDT bergaya ke pentas final Piala FA 2022 selepas membelasah Penang FC 6-1 pada peringkat separuh akhir di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat.

Harimau Selatan turun untuk memburu gol awal dan berjaya melakukannya pada minit ke-20 menerusi Bergson Da Silva yang meletakkan pasukan itu 1-0 di hadapan.

JDT terus garang apabila menambah satu gol lagi empat minit kemudian untuk kedudukan 2-0 hasil jaringan Fernando Forestieri yang tidak dikawal oleh pemain lawan.

Pasukan pilihan ini kemudiannya menambah gol ketiga hasil sepakan kencang Ariff Aiman  pada minit ke-48 untuk kedudukan 3-0 sebelum tamat separuh masa pertama.

Arif Aiman terus membuktikan dirinya perlu diberikan perhatian apabila sekali kali menjaringkan gol pada minit ke-51 namun Lucas Saliva merapatkan jurang kepada 4-1 pada minit ke-54.

Arif Aiman terus menambah gol ketiga peribadinya pada minit ke-62 untuk meletakkan JDT kembali selesa 5-1 di hadapan.

Syahmi Safari menutup malam gemilang Harimau Selatan apabila menjaringkan gol kemenangan 6-1 pada masa kecederaan minit ke-92 untuk membawa pasukan itu mara ke pentas final Piala FA 2022.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: