
Kejayaan atlet powerlifting kebanggaan negara, Bonnie Bunyau Gustin yang menyumbangkan emas keempat negara pada Sukan Komanwel 2022 membanggakan negara.
Perkara tersebut dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memuatkan status dalam Facebooknya.
Bonnie membanggakan negara setelah memenangi pingat emas setelah melakukan angkatan seberat 210kg bagi kategori Lelaki Lightweight Akhir.
Kejayaan yang dilakarkan pada Khamis itu menyaksikan kem Malaysia kini mengutip keseluruhan empat emas, dua perak dan tiga gangsa.
Pada edisi Komanwel 2022 kali ini, kontinjen negara menyasarkan untuk meraih enam emas.
Add Comment