Jangan cepat terpesong pemikiran membaca ‘heading’ di atas ya. Ianya bukan merujuk kepada hubungan suami isteri. ‘Heading’ di atas ini sebenarnya ditujukan kepada persiapan skuad bolasepak bawah 23 kebangsaan untuk menghadapi Sukan Sea Vietnam 2022.
Tinggal lebih kurang 12 hari sahaja……..
12 hari sahaja……12 hari sahaja lagi!!!! sebelum Malaysia bertemu Thailand pada 7 Mei nanti. Dahlah kita baru nak berhimpun untuk latihan pusat, tambah membingungkan hanya 5 pelatih sahaja yang melapor diri daripada jumlah 30 yang dipanggil minggu lalu. Lain-lain pemain masih belum dilepaskan pasukan masing-masing sebab liga sedang hangat
berlangsung. Susahnya nak bersama???Bolehkah berhasil misi di Vietnam nanti??? Atau kali ini memang takde sasaran pingat tapi sekadar penyertaan sahaja? Biar betul ……
Persoalannya, sudah terlalu hebat sangatkah pasukan kita?? Sejauh mana ‘serius’nya kita untuk menyertai acara bolasepak Sukan Sea ini. Berlatih beberapa hari sahaja dan sempat satu ke dua ‘friendly match’ langsung ke Vietnam.
Cukup ke……….rasanya team sekolah untuk menyertai kejohanan bolasepak antara daerah pun berlatih lagi lama. Eh lupa saya, mereka budak sekolah, ini pemain profesional…..!!!
Persoalannya, dapat ke dalam waktu yang singkat ni untuk membentuk ‘team work’ yang padu, ‘chemistry’ atau keserasian
antara pemain dan ‘bonding’ atau pertalian yang kukuh sesama pemain di dalam dan di luar padang, tambahan pulak ramai juga pelatih baru yang dipanggil.
Ingatlah, ini acara berpasukan bukan sukan individu. Masing-masing datang dengan mazhab dan fahaman masing-masing, fatwa mana yang nak dibentuk untuk menjadi pegangan kepada semua. Nanti terpesung pula akidah, akhirnya bila datang tekanan, masing-masing mudah hilang pedoman.
Fahamilah bahawa ini Sukan Asia Tenggara, memang ianya tidak penting bagi FIFA atau mungkin tak penting bagi sesetengah orang, tapi bagi saya walaupun ianya cuma tahap serantau tapi temasya ini sangat istimewa, sangat-sangat mempengaruhi jiwa dan emosi,
kesedihan dan kegembiraan, kebersamaan, dan maruah masyarakat serantau ini.
Banyak elemen-elemen lain yang perlu dipupuk untuk berjaya, tak boleh berharap kepada bahasa ‘bolasepak’ sahaja. Atau itu semua tak penting sebab pemain-pemain bawah 23 kita ni levelnya dah terlalu tinggi, letak sahaja dalam padang, dia orang taulah macam mana nak main (just field it, they know how to play).
Lantaran susahnya nak bersama, macam mana nak berhasil??? Maka liga terpaksa dihentikan sementara dan bersambung Jun nanti agar keutamaan diberikan kepada misi untuk kesemua persiapan pasukan kebangsaan menghadapi pelbagai kejohanan.
Maka ramailah yang merungut dan menyumpah termasuk netizen kononnya ada yang dah beli tiket ‘flight’ dan tempah hotel awal (fan dari jauhlah tak pasti ramai sangat ke) untuk sokong pasukan masing-masing. Nasihat saya, jangan marah-marah……….bawa-bawa bersabar, semua boleh bawa bincang hal ni, mungkin penganjur boleh bisik-bisik pada MAS atau Air Asia untuk benarkan dipinda tarikh penerbangan, bab hotel penginapan pun boleh bincang juga rasanya, kalau tak ‘reimburse’ aje….bukan ramai sangat pun yang terbabit tapi kenalah tunjuk bukti pembelian dan pembayaran.
Kita dah suntuk sangat ni…..skuad bawah 23 ni berlatih beberapa kerat je…ramai pegawai dari pelatih…….nanti tersingkir awal di Vietnam yang meroyan netizen kita juga, tapi pada firasat saya, kalau baru nak
bersama minggu depan (tinggal beberapa hari je nak jumpa Thailand)…..persoalannya boleh berhasil ke? Macam bermimpi di siang hari juga rasanya…..
Apa pun jangan risau, lawan Malaysia pada 7 Mei nanti iaitu Thailand kabarnya turut bermasalah. Thai League Co didesak oleh Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) dan juga Pengurus Pasukan agar liga ditangguhkan ke hujung Mei untuk fokus persiapan pasukan Gajah Putih ini bagi mendapatkan pingat emas.
Namun langkah ini juga turut dikecam oleh kebanyakan kelab yang tidak mahu melepaskan pemain kerana ianya bukan kejohanan dalam kalendar FIFA. Malah mereka menyifatkan sepatutnya Thailand kini perlu melupakan keutamaan pada
Sukan Sea sebaliknya berusaha untuk meletakan Thailand di level lebih tinggi hingga ke Piala Dunia.
Nampaknya sedikit melegakan, Thailand turut bermasalah sama seperti Malaysia…..cuma mereka iaitu Thailand dah menang ’16 kali pingat emas’ dalam acara bolasepak……….kita??? Jangan ke laut lagi…..
Timnas Indonesia U23, dibimbing Shin Tae-Yong, Jurulatih Korea yang juga naib juara Sukan Sea yang lalu telah membuat persiapan rapi dan telahpun berada di Korea untuk beberapa siri perlawanan persahabatan di sana sejak minggu lalu dan akan pulang ke Jakarta 29 April nanti.
Manakala juara bertahan, Vietnam dibimbing Park Hang-Seo, jurulatih tak asing lagi juga dari Korea turut
mengadakan beberapa perlawanan persahabatam bersama pasukan kebangsaan Korea U20. Mereka akan membuka tirai perlawanan bertemu Indonesia pada 6 Mei nanti.
Begitulah seriusnya mereka mempersiapkan pasukan semata-mata untuk memburu pingat emas acara bolasepak di Sukan Sea ini. Apa pun….’Malaysia Boleh’……..boleh menang, boleh kalah…..sama-samalah kita berdoa kepada keajaiban…..aminnn
Add Comment