Badminton

All England: Zii Jia tewas aksi separuh akhir, gagal pertahan kejuaraan


PEMAIN perseorangan negara, Lee Zii Jia gagal mempertahankan gelaran juara selepas tewas dalam saingan separuh akhir Kejuaraan All England, Bermingham awal pagi Ahad.

Pemain berusia 24 tahun itu tewas di tangan pemain India, Lakshya Sen dalam aksi tiga set 13-21,21-12,19-21.

Aksi sengit sepanjang perlawanan, namun Zii Jia selaku pemain pilihan keenam terpaksa akur dengan kekentalan lawannya itu.

Sen bakal bertemu pemain pilihan pertama Denmark, Viktor Axelsen atau pemain dari Taiwan Chou Tien Chen yang bakal beraksi dalam satu lagi saingan separuh akhir awal pagi ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: