Badminton

All England: Zii Jia wakil tunggal negara ke separuh akhir


Aksi Zii Jia bertemu Momota awal pagi ini. Foto: BAM

JAGUH perseorangan negara, Lee Zii Jia menjadi wakil tunggal negara beraksi di pentas separuh akhir Kejohanan All England.

Pemain di ranking ketujuh dunia berusia 24 tahun itu berjaya menewaskan bintang Jepun Kento Momota (21-7,13-21,21-11) dalam aksi suku akhir yang berlangsung awal pagi ini di Birmingham.

Zii Jia yang merupakan juara bertahan kejohanan ini bakal bertemu pemain muda India, Lakshya Sen yang menang mudah ke atas lawan dari China Liu Guang Zu menarik diri susulan kecederaan ketika aksi suku akhir.

Pada aksi sengit bertemu Momota, Zii Jia mengakui dia berdepan dengan cabaran pada set kedua.

“Ada perbezaan angin di gelanggang dan pada set pertama, Momota mengawal bulu tangkis dan rentak baik. Saya mengalami masalah yang sama pada set kedua.

“Saya cuba mempercepatkan permainan pada set penentuan dan fokus pada pukulan serangan saya. Strategi itu berfungsi dengan baik sekarang dan kemenangan memberikan saya lebih keyakinan,” kata Zii Jia kepada media rasmi All England selepas perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: