
PEMAIN badminton para negara, Muhammad Ikhwan Ramli merangkul gelaran kedua pada Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Ibedrola Sepanyol.
Muhammad Ikhwan meraih gelaran juara kategori perseorangan lelaki WH 1 (kerusi roda) dengan menumpaskan pilihan utama Thomas Wandschneider 21-12,21-16 pada aksi yang berlangsung di Cartagena itu.
Awal bulan ini, Muhammad Ikhwan turut muncul pada juara Kejohanan Sepanyol Badminton Para Antarabangsa II 2022 di Vitora dengan lawan yang sama.
Sementara itu, acara beregu lelaki kategori WH1-WH2, Muhammad Ikhwan dan Noor Azwan Noorlan meraih gelaran naib juara selepas tewas kepada pasangan dari Jepun. -Bernama






Add Comment