Badminton

Sze Fei-Izzuddin mucul juara beregu Terbuka Jerman 2022


Izzuddin memakaikan medal kemenangan kepada rakan gandingannya Sze Fei selepas bergelar juara Terbuka Jerman awal pagi Isnin.

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencatat sejarah tersendiri dengan merangkul gelaran sulung kejohanan Jelajah Dunia pada Terbuka Jerman 2022 awal pagi Isnin.

Sze Fei-Izzuddin mnewaskan pasangan China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dengan keputusan 23-21, 16-21, 21-14.

Kali terakhir padangan negara mara ke pentas final adalah pada Masters Malaysia 2017 menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin muncul naib juara selepas tewas kepada pasangan dari Indonesia.

Kemenangan ini juga dianggap semangat tambahan bagi pasangan ini menjelang Kejohanan Seluruh England 2022 yang bakal membuka tirainya esok (15 Mac)  di Birmingham.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: