
PASANGAN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menewaskan rakan senegara, pasangan Ong Yew Sin-Teo EE Yi dalam aksi suku akhir Terbuka Jerman 2022, Jumaat malam.
Sze Fei-Nue Izzuddin tampil sebagai pemain bukan pilihan menempah tiket ke separuh akhir ke atas pasangan pilihan keenam kejohanan ini dengan aksi sengit, 21-15, 20-22, 21-19 dalam tempoh 1 jam 15 minit.
Dengan kemenangan ini menyaksikan Sze Fei-Izzuddin yang berada di ranking ke-17 dunia akan turun menentang pasangan beregu He Ji Ting-Zhu Hao Dong selepas gandingan China itu menyingkir beregu dari India, Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala, 21-11, 23-21.

Sze Fei-Nur Izzuddin mengiringi pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia yang turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan pemain China Zhao Jun Peng, 21-12, 21-18.
Zii Jia bakal bertemu pemain Thailand Kunlavut Vitidsarn dalam perebutan slot ke final.





Add Comment