Lain-Lain

Status pelajar tak halang atlet kanu jadi penghantar makanan demi kumpul duit ke Sukan Olimpik 2024


Khairul Naim kini melakukan tiga tugas bagi memastikan impian beraksi di Sukan Olimpik 2024 tercapai.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

BELAJAR, berlatih dan bekerja sebagai budak penghantar makanan, itulah rutin harian yang perlu dilalui atlet kanu negara, Khairul Naim Zainal bagi memastikan impian dan cita-citanya  beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 tercapai.

Terpaksa membahagikan masa diantara profesional yang diidamkan dan pada masa sama keperluan kehidupan di kota sememangnya agak mencabar namun demi Paris 2024 anak muda kelahiran Putrajaya ini tetap tekad menyusuri halangan serta ranjau.

Ujarnya, dia masih lagi berada pada tahun akhir sebagai pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Pengurusan Sukan dan pada masa sama seorang atlet sepenuh masa.

“Selepas tamat sesi latihan pagi dan sementara menunggu latihan petang, saya bekerja sambilan sebagai penghantar makanan.

“Semua ini sudah menjadi rutin bagi saya untuk mencari pendapatan sampingan yang mana ia turut digunakan bagi menampung perbelanjaan menyertai kejohanan di luar negara, ” jelasnya  ditemui media pada Majlis Pelancaran Projek Khas Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) Paris 24.

Khairul Naim (dua,kiri) bakal mendapat latihan dan bimbingan jurulatih baharu Kanu negara, Laszlo Toth yang dilantik bagi menjayakan projek khas MASCA Sukan Olimpik Paris 2024 (Paris24).

Segala usaha dan penat lelahnya itu banyak membantu dirinya  menyertai beberapa kejohanan di luar negara yang secara keseluruhannya menggunakan sumber kewangan sendiri menerusi kerja sambilan yang dilakukannya.

Tambahnya lagi, sebelum ini mengeluarkan perbelanjaan lebih kurang RM60,000 untuk menyertai kejohanan di Hungary (2019) dan Portugal (2021).

“Ketika di Hungary saya menyertai Kejohanan Dunia untuk beraksi dalam acara K1 namun hanya setakat peringkat saringan. Bagaimanapun, untuk acara berpasangan saya berjaya memasuki saingan akhir B (kedudukan ranking). Kami dapat tempat kelima.

“Ketika di Portugal saya menyertai Kejohanan Dunia Remaja dengan berjaya memadamkan rekod lama 4 minit 0.4 saat (s) apabila melakukan 4.02s dalam acara K1 iaitu jarak perlumbaan sejauh 1 kilometer,” katanya.

Mengulas penyertaannya yang diletakkan dalam kategori A untuk temasya Sukan SEA di Vietnam nanti, pemuda berusia 24 tahun ini mengakui sasaran pingat yang diletakkan ke atasnya sebagai cabaran yang perlu dilalui dan dibuktikan dengan kejayaan.

> Pencapaian Tertinggi bagi Acara K1 L : 1000m

1. ICF junior & U23 Canoe Sprint World Championship 2021, Portugal
2. ICF Canoe Sprint World Championship 2019, Hungary

*Memperbaharui  rekod kebangsaan

> Kejohanan yang bakal disertai

1. Seagame 2022
2. Asia game 2022
3. Seagame 2023
4. ICF Canoe Sprint World Championship 2023 (olimpick qualifier)
5. Asia champ (olimpik qualifier)
6. ICF W{“fcpcvdw asorld Cup (olimpik Qualifier)


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading