Lain-Lain

Aaliyah pamer aksi luar biasa di Melbourne, raih 3 emas satu gangsa


Aaliyah membuat kejutan dengan aksi terbaiknya.

ATLET luncur air remaja negara Aaliyah Yoong Hanifah kembali beraksi dengan penuh bersemangat dengan meraih tiga pingat emas pada Moomba Masters yang berlangsung di Melbourne, Australia pada Khamis.

Aaliyah,18, sebelum ini berehat panjang selama dua tahun berikutan penularan Covid-19, namun masih memastikan ketajaman aksinya pada acara sulung tahun ini.

Beraksi dalam acara junior buat kali ke-10 dan teakhirnya tahun ini, Aaliyah menggunakan peluang sebaik mungkin dengan mencatat jumlah tertinggi sekaligus meraih emas dalam acara ‘tricks’, ‘jump’ dan kategori keseluruhan kategori (junior) di Sungai Yarra.

Bagi acara ‘slalom’ Aaliyah meraih pingat gangsa.

Aaliyah mengumpul 5,030 pada pusingan pertama dan keseluruhan mengumpul 6,780 mata untuk menamatkan saingan di hadapan.

Erica Hayes dari Australia di tempat kedua dengan 5,690 manakala pemain Chile Dominga Gonzalez di tempat ketiga dengan 3,580.

Pada aksi semalam (Rabu) Aaliyah telah memecah rekod terbaik peribadi dan rekod kebangsaan dengan lompatan 39.5m.

Dengan kutipan dua emas dan gangsa, ianya sudah memadai untuk Aaliyah mengesahkan emas keseluruhannya dengan jumlah markah 2,891.89 dengan pemain Australia Bennett (2,032.98) dan Butlin (1,980.36) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

“Saya gembira beraksi di sini (Moomba Masters) dan pastinya ia salah satu acara kegemaran saya dan acara terbaik di dunia.

“Saya sangat suka dengan cabaran di Sungai Yarra untuk mendapatkan lompatan peribadi terbaik pada tahun ke-10 saya di sini kerana 41.4m sudah pasti keputusan besar bagi saya.

“Ini sudah pasti kemuncak kerjaya junior saya dengan meraih tiga kemenangan dan satu gangsa dalam saingan yang mencabar ini,” jelas Aaliyah.

 

Aaliyah merangkul dua emas dan satu gangsa dalam kategori junior.

Sementara itu, Ketua jurulatih Malaysia Waterski and Wakeboard Federation (MWWF) Hanifah Yoong memberitahu bahawa persembahan Aaliyah sememangnya mengejutkan.

“Aaliyah membuat persembahan mengejutkan sejak dua hari lalu dan menunjukkan betapa dia berada dalam keadaan yang baik dari segi mental dan fizikal.

“Bukan mudah untuk bersaing dalam tiga acara bagi kategori junior dan terbuka kerana ini bermakna anda bertanding di atas air lebih daripada 12 kali dalam masa enam hari sahaja.”

Selepas ini Aaliyah akan meneruskan saingan dalam kategori terbuka.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: