Sepak Takraw

MSC kemukakan surat sokongan dari KBS dan PJS – Halim Kader


Datuk Abdul Halim Kader

PRESIDEN Persekutuan Sepaktakraw Asia (Astaf), Datuk Abdul Halim Kader memaklumkan antara faktor permohonan Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) untuk menjadi ahli gabungan diluluskan adalah disebabkan surat sokongan yang diterima badan induk itu daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Tegasnya, MSC turut mengemukakan surat sokongan daripada pihak berkuasa sukan di Malaysia iaitu KBS dan PJS.

“Surat-surat ini mengukuhkan lagi permohonan MSC seperti mana yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Astaf,” ujarnya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Untuk rekod, menerusi surat yang ditujukan kepada Presiden MSC, Datuk Suhaili Abdul Rahman bertarikh 28 Februari lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan KBS tiada halangan untuk MSC memohon bagi menjadi ahli gabungan kepada badan sukan antarabangsa supaya kesinambungan sukan sepak takraw Malaysia di peringkat antarabangsa terus relevan.

“KBS amat mengambil berat mengenai pembangunan sukan sepak takraw khususnya pembabitan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Sebarang usaha bagi memastikan kecemerlangan dan kelangsungan sukan sepak takraw di peringkat tertinggi memerlukan representasi dengan tadbir urus berintegriti dan profesional,” usar Ahmad Faizal dalam surat berkenaan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: