EPL

Kami perlu menang semua baki perlawanan – Guardiola


PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui skuad bimbingannya perlu memenangi baki 10 perlawanan seandainya ingin memastikan gelaran kejuaraan milik mereka.

Tegasnya, dia mempunyai anggapan bahawa banyak perkara bakal berlaku sehingga penghujung musim.

“Kami cuba memenangi Liga Perdana dengan baki 10 perlawanan, perlu memenangi hampir semua mata untuk menjadi juara.

“Saya benar-benar mempunyai perasaan bahawa banyak perkara akan berlaku sehingga penghujung musim. Perlawanan sengit akan berlaku.

“Kami mendahului enam mata tetapi ia adalah kelebihan palsu kerana mereka mempunyai satu perlawanan lagi.

“Impian saya adalah untuk kekal di kedudukan ini sehingga tamat,” ” kata Guardiola kepada Guardian.

City meneruskan cengkaman dengan kelebihan enam mata mengatasi Liverpool ditangga kedua yang memiliki kekurangan satu perlawanan selepas mudah menewaskan seteru setempat, Manchester United, 4-1 pagi tadi.

De Bruyne meledak pada minit kelima dan 28 sebelum Jadon Sancho merapatkan kedudukan pada minit ke-22.

City membalas menerusi dua lagi gol Riyad Mahrez masing-masing pada minit ke-68 dan penamat saingan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: