
SEBUAH pesawat kecil terbang di sekitar Anfield dengan membawa kain rentang ‘Cat’s Lives Matter’ sebelum aksi Liverpool bertemu West Ham awal pagi Ahad.
West Ham terus memilih Kurt Zouma dalam barisan pemain mereka biarpun mendapat kecaman daripada seluruh komuniti bola sepak antarabangsa susulan video pemain itu menendang dan menampar kucing peliharaannya tular di media sosial.
Pemain pertahanan antarabanga Perancis berusia 27 tahun itu turut di ‘boo’ oleh penyokong-penyokong Liverpool serta menggelarnya ‘A cat, a cat, a cat, a cat, a cat’.
Sejurus daripada tindakan Zouma, Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA) mengesahkan telah mengambil kucing tersebut daripada pemain itu.

West Ham telah mengambil tindakan dengan menolak dua minggu gaji Zouma bernilai 250,000 paun dan disalurkan kepada pusat kebajikan haiwan.
Adik pemain itu, Yoan yang turut kelihatan dalam rakaman video tersebut turut digantung oleh kelab Dagenham & Redbridge.
Add Comment