Sepak Takraw

PSM kemukakan rayuan pengurangan denda


PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah mengeluarkan surat permohonan pengurangan denda sebanyak 50 peratus kepada Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf).

Presiden PSM, Datuk Mohd Somali Reduan berkata, pihaknya mengambil maklum akan surat bertarikh 28 Februari 2022 telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung ASTAF berkaitan pembayaran denda sebanyak $15,000 dalam tempoh 72 jam dari tarikh surat dikeluarkan.

“Susulan itu, PSM telah mengeluarkan surat permohonan pengurangan denda sebanyak 50 peratus kepada ASTAF pada 2 Mac 2022.

“PSM terus komited untuk bekerjasama dan menjadi sebahagian daripada Ahli Gabungan ASTAF dalam memperkukuhkan lagi pembangunan sukan sepaktakraw di rantau Asia,” jelasnya menerusi kenyataan yang dikeluarkan, sebentar tadi.

Untuk rekod Astaf meminta PSM melangsaikan kos sesi pendengaran panel disiplin sebanyak AS$15,000 (RM62,779) sebelum mengemukakan rayuan menyertai semula badan induk berkenaan.

Pada 14 Februari lalu, Astaf menerima surat daripada PSM yang menjelaskan bahawa badan induk sepak takraw Malaysia itu mahu untuk menjadi kembali ahli gabungan Astaf.

Pada Mei tahun lalu, PSM disingkirkan daripada ahli gabungan badan induk asia itu selepas bekas presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail melanggar perjanjian bersama Astaf dan Persekutuan Sepak Takraw Antarbangsa (Istaf).

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: