Sepak Takraw

ASTAF, UniSZA jalin kerjasama


Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader

PERSEKUTUAN Sepak Takraw Asia (ASTAF) bekerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menganjurkan kursus kejurulatihan secara maya dari 7 hingga 29 Mei ini.

Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata,  ini adalah kali pertama dalam sejarah dan ianya  bakal memartabatkan lagi sistem kejurulatihan sedia ada baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa sekali gus mengangkat jurulatih sedia ada ke peringkat profesional.

Katanya, kursus 23 hari itu juga bakal mengetengahkan pengetahuan mengenai sains sukan serta anti doping yang bagi ASTAF, amat penting untuk setiap jurulatih memahami kepentingannya.

“Ini kali pertama dalam sejarah sepak takraw selama 60 tahun, kursus sebegini diperkenalkan ASTAF di dunia.

“Kami memilih universiti dari Terengganu, Malaysia untuk bersama-sama ASTAF demi untuk menaikkan taraf pencapaian sistem kejurulatihan.

“ASTAF mahu jurulatih menjadi profesional dan apa yang penting memahami sains sukan termasuklah mengenai anti doping yang begitu penting sekali,” katanya


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: