Badminton

BATC: Aksi pasukan wanita negara buka tirai esok


S. Kisona

PASUKAN badminton wanita negara bakal membuka tirai aksi Kejohanan Badminton Asia (BATC) esok  (Selasa) di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Bagi pemain perseorangan wanita negara S.Kisona, pastinya BATC ini bakal menjadi platform untuk membuktikan dia kembali ke tahap terbaik sebagai pemain utama.

Setelah berhadapan pelbagai cabaran, termasuk prestasi tidak konsisten dan dua kali dijangkiti Covid-19, Kisona mahu cuba menebus segala kekurangannya.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann berkata, juara Sukan Sea 2019 ini telah menunjukkan kemajuan untuk kembali ke prestasi sebenar.

“Kami mencari jalan untuk meningkatkan keadaan fizikalnya dan dia (Kisona) akhir-akhir ini agak bagus. Dia juga semakin pulih dan dari segi prestasi latihan atas gelanggang juga sangat stabil.

Wong Choong Hann

“Jadi untuk melihat hasilnya, sama ada usaha itua akan membuahkan mata kemenangan, kami perlu mengujinya di BATC.

“Namun lawan mereka yang kuat, jadi kami mahu memanfaatkan peluang itu (menguji pada pemain),” jelasnya kepada media ketika latihan.

Selain Kisona yang berada pada kedudukan ke-64 dunia, pemain perseorangan lain yang mewakili negara adalah Eoon Qi Xuan (126), Siti Nurshuhaini Azman (309), Myisha Mohd Khairul (369) dan Tan Zhing Yi (1,484).

Pasukan wanita negara yang berada dalam Kumpulan Y akan memulakan kempen menentang India sebelum bertemu Jepun pada Rabu.

Dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir serta meraih tiket ke pusingan akhir Kejohanan Piala Uber di Bangkok Mei ini. -Bernama


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: