Badminton

PJS luluskan kelab badminton Lee Zii Jia


JAGUH badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan dibimbing jurulatih kebangsaan, Indra Wijaya bagi meneruskan karier profesionalnya.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, ini sekaligus akan membantu untuk melayakkan Zii Jia mengambilalih peranan jurulatih Indra Widjaja yang akan menamatkan kontraknya bersama BAM pada 31 Mac 2022.

“Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Encik Ibrahim Mohd Yusof di atas kelulusan penubuhan Lee Zii Jia Badminton Club.
“BAM juga telah bersedia menyerahkan jurulatih dari Indonesia ini untuk terus membantu Zii Jia dalam karier sukannya. Pejabat saya telah membantu Zii Jia untuk melicinkan proses pendaftaran, permit kerja dan keperluan-keperluan imigresen lain.
“Selamat Maju Jaya pada Zii Jia dan Lee Zii Jia Badminton Club yang baru ditubuhkan. Demi Malaysia,” kongsinya menerusi hantaran di Facebook rasmi miliknya, hari ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: