EPL

Ronaldo Jr ikut jejak bapa sarung jersi Manchester United


Ronaldo Jr bersama seorang lagi pemain muda berbakat, Gabriel mengikat kontrak bersama Akademi Manchester United. Foto: IG Georgina Rodriguez

CRISTIANO Ronaldo Jr mengikut jejak langkah bapanya di Manchester United apabila menandatangi kontrak bersama akademi kelab itu.

Ronaldo Jr,11, sebelum ini Ronaldo Jr juga merupakan pelatih di Akademi Juventus ketika Ronaldo bermain untuk kelab tersebut.

Ronaldo Jr dilihat bergambar bersama seorang lagi pemain muda berbakat Gabriel ketika majlis tanda tangan di Old Trafford dengan memegang jersi bernombor 7.

Ronaldo bersama anaknya menjalani latihan bersama.

Sebelum ini, Ronaldo sentiasa berkongsi gambar di Instagramnya dengan anak pertamanya itu berlatih dengan kasyen: “Sekarang dan masa depan”.

Malah pada Disember 2020, Ronaldo pernah berkongsi bahawa anaknya itu mempunyai potensi, namun masih belum cukup.

“Kita akan lihat jika dia boleh menjadi pemain bola sepak yang hebat. Dia ada potensi. Dia laju dan menggelecek bola dengan baik, tetapi ianya belum cukup.

“Saya selalu memberitahu kepadanya bahawa ini memerlukan kerja dan dedikasi untuk sukses. Saya tidak akan memberi tekanan kepadanya untuk bergelar pemain bola sepak, tetapi jika anda tanya saya (mahu lihat dia bermain), ya sudah tentu.

“Apa yang paling penting adalah menjadi yang terbaik dalam apa yang dia mahu buat, sama ada sebagai pemain bola sepak atau seorang doktor.”


Add Comment

Click here to post a comment