Bola Sepak

Mendy berdepan pertuduhan kes rogol baharu


Mendy ketika ini dituduh atas tujuh pertuduhan merogol empat wanita, serta satu pertuduhan serangan seksual.

PEMAIN pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy berdepan pertuduhan baharu berkaitan kes rogol yang melibatkannya dan kini berdepan dengan sembilan pertuduhan  di mahkamah.

Menurut laporan Sky Sports, Mendy sedang menjalani pra-perbicaraan untuk kes rogol dan gangguan seksual yang menjeratnya di Mahkamah Chester Crown.

Sebelum ini Mendy  dituduh atas  tujuh pertuduhan merogol empat wanita, serta satu pertuduhan serangan seksual. Semua dakwaan ini dilaporkan berlaku antara Oktober 2020 dan Ogos 2021.

Dalam praperbicaraan ini, Hakim Patrick Thompson, memutuskan bahawa perbicaraan kes Mendy akan berlangsung pada 25 Julai.

Perbicaraan dijangka berlangsung selama enam minggu sehingga keputusan dijatuhkan. Mendy masih akan menjalani praperbicaraan seterusnya, iaitu pada 11 Mac.

Tetapi kini, Mendy telah dibebaskan dari penjara dengan ikat jamin. Dia diletakkan di bawah tahanan rumah dengan memakai gelang pengesan di kakinya.

Benjamin Mendy diwajibkan melaporkan diri di balai polis tempatan setiap hari. Pasportnya juga ditahan sehingga dia tidak dapat meninggalkan UK. Mendy kini tinggal di rumahnya di kawasan Prestbury Cheshire

Dia pastinya tidak boleh bermain untuk Manchester City sehingga akhir musim kerana kes ini. The Citizens juga telah mengenakan sekatan ke atas Mendy.

Mendy menyertai Man City pada 2017 dari AS Monaco dengan bayaran 52 juta pound. Dia telah menjadi tonggak utama Man City dengan membantu pasukannya memenangi tiga gelaran Liga Perdana.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading