Bola Sepak

Anjakan paradigma Tunku Syed Razman


Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tuanku Syed Idrus Al-Qadri.

Oleh: MOHD FARIQ

KATA peribahasa, dada manusia tidak dapat diselam.

Itulah sedikit sebanyak penulis dapat simpulkan mengenai ketokohan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) yang juga Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tuanku Syed Idrus Al-Qadri.

Sejak 2018, Tunku Syed Razman telah dilantik dilantik sebagai Presiden PBNS.

Ternyata bagaikan air digengam tiada tiris dan tidak angkuh seperti merak, Tunku Syed Razman sentiasa merendah diri dan belajar sesuatu ketika menguruskan pasukan yang dikenali skuad Hoben Jang Hoben di dalam dunia bola sepak tempatan.

Hasilnya, Negeri Sembilan FC telah berjaya menjuarai Liga Premier pada tahun lalu sekali gus menamatkan penantian kemarau trofi apabila kali terakhir memenangi Piala dengan menjulang Piala Malaysia pada 2011.

Ketika ditanya adakah Tunku Syed Razman masih berminat untuk meneruskan tugas sebagai Presiden PBNS, beliau tidak menolak untuk terus berbakti kepada persatuan itu sebagaimana berazam untuk meneruskan langkah cemerlang untuk membantu Negeri Sembilan FC dalam kempen Liga Super 2022.

Dengan menjadikan Tunku Mahkota Johor merangkap pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai idola, beliau mahu Negeri Sembilan FC memberikan saingan terbaik dalam kancah liga elit negara secara realistik pada tahun ini.

Negeri Sembilan FC juara Liga Premier 2021. Foto: NSFC

Sebagai rekod, PBNS akan mengadakan Kongres Tahunan ke-88 pada 17 Februari 2022.

“Saya berbesar hati sebaik saya mengambil alih tugas sebagai Presiden PBNS tetapi saya tahu ia bukan satu perkara mudah untuk menguruskan bola sepak.

“Namun minat telah mengatasi segalanya dan bagi saya, setiap hari adalah proses belajar sejak mengambil alih tugas sebagai presiden di mana tiada jalan singkat, tiada jalan mudah tetapi kita harus jujur dengan apa yang kita buat.

“Saya amat teruja apabila matlamat kami untuk naik ke Liga Super tercapai pada tahun ini apabila menjadi juara Liga Premier pada tahun lalu.

“Tapi aras kejayaan hanya bukan terletak pada pasukan senior di mana kami harus juga memiliki satu landasan atau formula kejayaan pada peringkat pembangunan.

“Itulah nadi utama satu persatuan dan kami harus memiliki kebolehan itu. Kami sentiasa ingin perbaiki ruang yang ada dengan setiap kelemahan yang ada.

“Masih banyak lagi saya harus lakukan dan saya dengan ini ingin meneruskan kerja saya dengan menawar diri untuk penggal yang baru sekali lagi.

“Dan juga saya mengambil contoh TMJ menguruskan JDT dengan serba lengkap. Baginda adalah satu contoh teladan paling terbaik untuk bola sepak negara dan kita harus mengikuti tatacara baginda,” katanya kepada CAKAPSUKAN.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Foto: JDT

Tunku Syed Razman adalah individu yang pertama memegang jawatan presiden setelah perlembagaan PBNS digubal pada tahun 2015 di mana tiada lagi menteri besar dilantik secara automatik sebagai presiden dan sesiapa sahaja layak untuk bertanding untuk bertanding jawatan presiden.

Selain daripada itu Tunku Syed Razman juga menyokong penuh segala usaha untuk menghidupkan pembangunan bolasepak dengan menstrukturkan kembali program pembagunan bola sepak akar umbi yang kini dikenali sebagai Negeri Sembilan (NS) Soccer Academy.

Ia selaras dengan matlamat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memastikan setiap persatuan mempunyai satu program akar umbi dengan hasrat untuk meningkatkan bersama taraf akademi bolasepak negara dengan peniktirafan yang diberikan NS Soccer Academy kini mempunyai lebih 270 orang peserta dari umur 5 hingga 17 tahun.

Tuanku Syed Razman telah mengambil berat dan juga banyak memberikan perhatian kepada pembangunan bola sepak yang kini mendapat perhatian ramai peminat sukan iaitu pasukan wanita dan futsal di mana PBNS telah berkolaborasi dan menjalinkan kerjasama dengan pihak swasta yang berminat untuk mengambil alih pasukan futsal (lelaki) yang kini sedang bersaing di Malaysian Premier Futsal League (MPFL) setelah 2 tahun kejohanan tersebut dibatalkan akibat pandemik Covid-19.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading