Bola Sepak

10 calon pembantu Pan-gon sedang diteliti


Mohd Saifuddin Abu Bakar

KETUA jurulatih baharu Harimau Malaya Kim Pan-gon bakal dibantu seorang jurulatih tempatan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar memberitahu, salah seorang daripada 10 individu yang memohon jawatan ini merupakan ‘nama besar’.

Senarai 10 calon itu kini sedang diteliti Pengarah Teknikal (TD) FAM, Scott O’Donell.

Jelas Mohd Saifuddin, individu yang dilantik hanya akan diketahui selepas ketibaan Pan-gon di Malaysia memandangkan jurulatih berusia 52 tahun itu ingin berjumpa dengan bakal pembantunya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

“Selain nama besar, nama kecil, nama panjang dan nama pendek pun ada. Memang ada beberapa calon yang minat untuk jadi pembantu ketua jurulatih dan perkara itu akan dimuktamatkan bila dia (Pan-gon) sampai sebab dia perlu berjumpa dan menemubual calon sama ada memenuhi kriteria yang diinginkan.

“Tetapi nama-nama berkenaan akan disenaraikan pendek FAM sebelum kita beri kepada dia. Kemudian terpulang kepadanya kerana dia adalah ketua jurulatih yang akan membuat keputusan siapa dia nak,” jelasnya kepada Bernama.

Mohd Saifuddin berkata, Pan-gon sendiri menyatakan hasratnya untuk mendapatkan khidmat seorang jurulatih tenpatan bagi membantunya.

“Pan-gon ada minta FAM calonkan seseorang kerana dia memang nak seorang jurulatih tempatan. FAM tidak mempunyai masalah meneydiakannya, kita akan cari yang ses]uai, Proses itu akan dikendalikan TD dan beliau akan menyediakan nama-nama tersebut,” jelasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: