Badminton

Pasti ada jalan penyelesaian jika kepentingan negara diutamakan – Ahmad Faizal


Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin akan ada jalan penyelesaian jika kepentingan negara diutamakan dalam isu penggantungan bekas pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia.

Lantas, dia akan mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pika dalam masa terdekat untuk mencari jalan penyelesaian.

“Pada hemat saya isu diantara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Lee Zii Jia bukanlah perkara yang rakyat dan para pendokong serta penyokong sukan badminton inginkan ketika ini.

“BAM dan Lee Zii Jia mesti mencuba bersungguh-sungguh mencari jalan penyelesaian untuk isu ini. Saya akan bertemu dengan kedua belah pihak dalam masa terdekat.
“Kita tidak seharusnya mempertaruhkan masa depan pemain dan kedudukan Malaysia di pentas Badminton antarabangsa.
“Jika kepentingan negara diutamakan, sudah tentu ada jalan penyelesaiannya,” katanya menerusi hantaran pada akaun Facebook miliknya.
Terdahulu, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuatkuasa 18 Januari.
Keputusan ini dibuat susulan keputusan juara pemain nombor tujuh dunia itu yang mahu meninggalkan BAM menerusi surat peletakan jawatan yang dihantarnya pada 11 Januari lalu.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: