
PENGURUS Ralf Rangnick sedang berdepan dengan krisis yang semakin memuncak di Manchester United apabila dilaporkan sebelas pemain kini tidak sabar untuk meninggalkan kelab itu.
Jurulatih kelahiran Jerman itu dibawa masuk ke Old Trafford sebagai pengurus sementara selepas Ole Gunnar Solksjaer dipecat November lalu.
United tewas dalam perlawanan pertama di bawah kendalian Rangnick pada malam Isnin, dengan Wolves meraih kemenangan 1-0 di Old Trafford berikutan persembahan hambar dari pasukan tuan rumah.
Dan di sebalik tabir, masalah serius semakin menular dengan pembentukan beberapa kumpulan di bilik persalinan antara isu yang dihadapi pengurus.

Menurut laporan The Mirror, sebilangan pemain dalam skuad itu tidak berpuas hati dengan cara bimbingan Rangnick, tidak kagum dengan taktiknya malah kecewa dengan kualiti kakitangan yang dibawa sejak tiba di Manchester.
Sebanyak 11 pemain kini dikhabarkan mahu meninggalkan kelab setelah semakin kecewa dengan kehidupan di Old Trafford.
Pemain yang sebelum ini berasa terpinggir di bawah Solskjaer kekal diketepikan Rangnick yang sekaligus menjadi ‘puak’ di bilik persalinan United.
Jesse Lingard, Donny van de Beek, Eric Bailly dan Dean Henderson adalah antara pemain yang semakin kecewa dengan kekurangan peluang mereka di bawah Rangnick.









Add Comment