Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Thailand enggan dilabelkan sebagai juara – Polking


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI Thailand, Alexander Polking enggan memikirkan tanggapan skuad bimbingannya bakal bergelar juara Piala AFF 2020 susulan kejayaan menumbangkan juara bertahan Vietnam pada aksi separuh akhir.

Tegasnya, buat masa ini fokus utama adalah untuk menghadapi Indonesia yang dianggap aksi sukar buat pemainnya.

“Sekarang ini saya rasa masih terlalu awal untuk bercakap tentang menjadi nombor 1 di Asean, masih ada dua perlawanan sukar lagi dan kami perlu menumpukan perhatian kepada perkara itu,” katanya   dipetik oleh Siam Sport.

Thailand dan Indonesia akan bertemu di Stadium Nasional, Singapura, pada final Piala AFF 2020 pertama malam ini sebelum aksi timbal balik selang tiga hari kemudian.

Dari pengalaman, Thailand lebih memiliki kelebihan berbanding Indonesia menjelang final Piala AFF 2020 terutamanya dari segi pemain yang sudah berpengalaman antaranya Teerasil Dangda, Chanathip Songkrasin, Sarach Yooyen hingga Thitiphan Puangchan.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading