
Oleh : SUBKHI SUDARJI
JURULATIH Indonesia, Shin Tae-yong menegaskan kegagalan pada Piala AFF 2016 bukanlah satu tekanan buat skuad kendaliannya malah dilihat sebagai suntikan semangat,
Tegasnya, kegagalan lampau tidak menghantui skuadnya malah lebih teruja memburu kejuaraan.
“Kami telah gagal lima kali di final, tetapi kami tidak merasakan tekanan.
“Kami hanya menyedari betapa besar peluang kami, dan menjadi juara bukan hanya kerana bercakap, tetapi kerana kerja keras pada masa lalu.
“Kami perlu percaya pada diri sendiri. Dan sesetengah orang mungkin menganggap pasukan kebangsaan Thailand lebih kuat daripada kami, tetapi saya tidak takut kerana bola sepak itu bulat, apa sahaja boleh berlaku, ” kata Shin Tae-yong dipetik Siam Sport.
Untuk rekod Indonesia tewas dalam lima perlawanan akhir kepada lawan masing-masing iaitu pada 2000,2002,2004,2020 dan kali terakhir menjejakkan aksi dipentas final adalah 2016.
Sebaliknya, Thailand telah memenangi lima daripada lapan kali mereka berada di final yang meletakkan mereka sememangnya sukar digugat apabila beraksi di pentas final.






Add Comment