Badminton

Rexy Mainaky dinaikkan pangkat


Oleh : SUBKHI SUDARJI / KHAIRUL AKMA

BEKAS pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Wong Choong Hann sebelum ini memegang jawatan selaku Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), kini menggalas sebagai pengarah kejurulatihan perseorangan.

Manakala Rexy Mainaky pula yang sebelum ini dilantik sebagai Penolong Pengarah Kejurulatihan dinaikkan pangkat dan akan menjawat jawatan pengarah kejurulatihan beregu.

Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata, pihaknya membuat penilaian kendiri mengenai kekuatan dan kelemahan.

“Jika dulu kita mempunyai banyak peringkat daripada ketua jurulatih dan perlu lapor kepada pengarah kejurulatihan, struktur baru itu kini di kecilkan kepada dua bahagian. Perseorangan dikendalikan oleh Choong Hann dan beregu oleh Rexy.

“Saya percaya perubahan ini mampu untuk membawa kita mencapai lebih banyak kejayaan pada 2022 yang mana semua tahu ia adalah tahun yang padat.

“Biarpun tak dapat menjamin pencapaian tapi perubahan itu adalah perlu dan saya yakin kita mampu untuk lakukan yang lebih baik tahun depan berbanding 2021,” katanya pada sidang media di Akademi Badminton Malaysia (BAM) selepas Mesyuarat Kejurulatihan dan Latihan, hari ini.

Kenny Goh turut memaklumkan, pemain akan menempuh jadual padat dengan membabitkan beberapa temasya utama seperti Sukan Asia Hangzhou, China, Sukan Komanwel Birmingham, Sukan Sea, Vietnam dan juga Piala Thomas.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: