Badminton

Corak latihan keras kepada pemain – Rexy Mainaky


Timbalan Pengarah Kejurulatihan (BAM) Rexy Mainaky.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) akan menerapkan corak latihan yang lebih keras kepada barisan pemain beregu badminton negara dalam usaha memastikan mereka mencipta mampu kejayaan pada kejohanan akan datang.

Timbalan Pengarah Kejurulatihan (BAM) Rexy Mainaky berkata, corak latihan keras sudah diamalkan beberapa negara lain terutamanya Jepun sekali gus berjaya melahirkan pemain yang mempamerkan aksi konsisten walaupun mengharungi banyak perlawanan dalam tempoh singkat.

Katanya, antara elemen penting yang perlu ada pada pemain adalah kekuatan fizikal dan mental terutama kemampuan mengekalkan prestasi walaupun menyertai banyak kejohanan dalam tempoh yang singkat.

“Latihan sememangnya keras tapi bukanlah menyeksa supaya mereka tahu jika mahu menjadi juara tidak hanya bergantung kepada kemahiran atau teknik saja.

“Sudah tiga minggu kita lakukannya kepada pemain pelapis dan mereka menunjukkan peningkatan positif. Hal ini kerana kita boleh lihat Jepun turut mengharungi latihan keras sekali gus mampu kuasai acara beregu dalam tempoh lima tahun.

“Sekarang ini, perkara penting adalah konsisten oleh itu saya akan mengadakan perbincangan bersama jurulatih supaya dapat mengubah pemikiran pemain untuk meletakkan sasaran sebagai juara,” katanya ditemui di Akademi BAM, semalam.

Untuk rekod, kejayaan paling besar pernah direkodkan pasukan beregu negara untuk musim 2021 adalah membabitkan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila mereka menyumbang pingat gangsa buat kontinjen negara pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai lalu.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: