Badminton

Ampang Jaya BC ungguli Kumpulan B


Beregu lelaki Ampang Jaya BC, Lau Yi Sheng dan Lee Yi Bo menewaskan lawan membantu Ampang meraih mata penting.

AMPANG Jaya BC menempatkan diri dikedudukan teratas Kumpulan B selepas meraih kemenangan mengatasi Petaling Jaya BC, 12-9 pada aksi hari ketiga Top Glove Purple League Pro-Am 2021 di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya.

Ampang Jaya BC merekod kemenangan pertama menerusi pasangan beregu campuran Lim Tze Jian- Wong Kha Yan menundukkan gandingan Clarissa San Yee Wen-Tan Wei Liang 11-5, 10-11, 11-7 dan 11-5.

Perseorangan lelaki Petaling Jaya BC, Low Eu Chong berjaya memastikan pasukannya bangkit setelah menundukkan Tan Jia Jie, 6-11, 11-7, 11-6, 4-11 dan 11-8 pada perlawanan kedua dalam pertembungan selama 46 minit.

Petaling Jaya BC mengembalikan momentum mereka apabila jaguh perseorangan wanita R.Kasturi mengetepikan seterunya Erica Hoh Li Jing hasil kemenangan 11-5, 11-7, 7-11 dan 11-3. Ampang Jaya BC belum mahu berputih mata apabila pasangan beregu lelaki Lau Yi Sheng-Lee Yi Bo mengalahkan Kho Yap Hong-Sim Wee Sheng 11-4, 11-5, 9-11, dan 11-6.

Perlawanan terakhir kedua-dua pasukan berlangsung dramatik apabila pasangan beregu wanita Ampang Jaya BC, Tang Weng Xin-Wong Kha Yan menerima tentangan sengit daripada juara Bangladesh International Challenge 2021, R. Kasturi-R Venosha.

Weng Xin-Kha Yan meraih kemenangan 7-11, 11-10, 11-8, 11-10 dalam masa 43 minit sekaligus menyumbang mata kemenangan buat Ampang Jaya BC.

Pasangan beregu wanita Butterworth BC, Lim Jing Ning Teoh Lexuan mudah meraih kemenangan ‘straight- 

Terdahulu, Serdang BC meneruskan momentum kemenangan selepas mengecewakan Seremban City BC 12-7. Keputusan itu sekaligus membawa mereka di kedudukan selesa di dalam kumpulan A untuk mara ke separuh akhir selepas mencatatkan rekod cemerlang dalam empat perlawanan.

Nasib Seremban City BC dan Butterworth BC akan ditentukan hari ini di dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi menempah tiket ke separuh akhir.

Sementara itu, rehat yang cukup buat Butterworth BC semalam memberikan kelebihan buat mereka selepas mudah mengetepikan saingan Bangi City BC 14-5.

Gandingan beregu campuran Tan Yi Han-Teoh Lexuan sedikit bergelut untuk menghadiahkan kemenangan buat Butterworth BC selepas diheret ke set penentuan oleh pasangan Mohd Najmi-Nurul Aisyah dengan keputusan 11-7, 8-11, 11-8, 7-11 dan 11-6.

Bangi City BC enggan menyerah kalah apabila taruhan perseorangan lelaki mereka Muhd Affan mengejutkan Samuel Lee juga dalam pertarungan set penentuan 11-10, 7-11, 11-10, 5-11 dan 11-7.

Perseorangan wanita Butterworth BC, Isabel Liau pula menang mudah ke atas Arieesya Sofea dengan ‘straight set’ disusuli gandingan beregu lelaki mereka Chee Yik Shen – Teh Zi Yi serta pasangan beregu wanita Lim Jing Ning – Teoh Lexuan juga meraih kemenangan ‘straight set’.

Hari terakhir peringkat kumpulan pada hari ini dijangka berlangsung sengit dengan menyaksikan perebutan slot ke separuh akhir bagi kumpulan A di antara Butterworth BC dan Seremban City BC selain pertemuan membabitkan Ampang Jaya BC dan Rawang BC di dalam Kumpulan B.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: