Badminton

Akademi Badminton Malaysia terima kunjungan isteri PM


ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, mengadakan lawatan ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, petang tadi di atas kapasitinya sebagai Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Lawatan bertujuan memberi peluang kepada beliau untuk melihat sendiri perkembangan semasa, mendengar taklimat dan info terkini membabitkan kem badminton kebangsaan.

Ketika sesi lawatan juga, Muhaini turut menyampaikan ucapan kepada barisan jurulatih, pemain dan keluarga BAM.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, mewakili warga BAM saya melafazkan syukur dan terima kasih kepada Datin Seri Muhaini yang sudi meluangkan masa untuk mengenali sistem yang ada di dalam ABM.

“Warga BAM sentiasa bekerja keras untuk memartabatkan sukan badminton sebagai sukan nombor satu negara ketika ini.

“Malah, bukan sahaja diri saya, tetapi semua yang hadir pada petang ini pastinya mahu mendengar sendiri kalimah nasihat, pandangan, idea dan harapan daripada Penaung BAM untuk kami jadikan sebagai panduan dalam meneruskan dan mempertingkatkan kecemerlangan sukan ini,” katanya.

 

Selepas itu, Penaung BAM itu dibawa melawat ke beberapa lokasi yang ada di dalam ABM dengan pematuhan prosedur operasi (SOP) yang ketat bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Beliau kemudiannya diberikan taklimat tentang sistem operasi dan perancangan BAM sebelum dibawa ke auditorium untuk menyampaikan amanat kepada barisan pemain, kejurulatihan dan kakitangan BAM.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: